Azan Dalam Islam

View previous topic View next topic Go down

Azan Dalam Islam

Post by arip on Mon Feb 25, 2008 11:20 am

Azan Dalam Islam
Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Sunday, 22 April 2007
Azan Dalam Islam Azan pada bahasa bermaksudkan memaklumkan. Pada istilah syara` ia merujuk kepada memaklumkan kehadiran waktu solat dengan lafaz-lafaz yang khusus.
Lafaz-lafaz azan mengandungi beberapa persoalan aqidah antaranya:

membesar dan mengagungkan Allah.
beriman dengan nama-nama Allah dengan mengisbatkan nama khas iaitu Allah bagi Allah.
memberi kesaksian tentang sifat Esa Allah.
beriman bahawa tiada Tuhan yang mesti ditaati dan diperhambakan diri melainkan Allah.
mengengkari segala penyembahan yang batil lain daripada Allah.
memberi kesaksian tentang kerasulan Rasulullah saw.
beriman dengan rukun besar Islam iaitu solat.
beriman dengan ganjaran iaitu kejayaan bagi orang yang beriman dengan Allah dan kerugian bagi yang kufur kepada Allah. Majori Ulama berpandangan bahawa laungan azan apabila masuk waktu dan ketika solat didirikan adalah sunnah muakkadah bagi orang ramai yang mengerjakan solat berjamaah dan juga orang yang solat bersendirian. Sebahagiannya berpendapat –antaranya Imam Ahmad bin Hanbal- ia adalah fardhu kifayah bagi kawasan penempatan dan sunat bagi orang yang solat bersendirian. Pandangan ini ditarjihkan oleh Ibn Taymiyyah.

Meskipun ulama berbeza pendapat tentang hukum azan, secara umumnya mereka sepakat bahawa ia merupakan syiar bagi Islam apabila masuk waktu solat. Rasulullah saw bersabda:

إِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَة فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ

Maksudnya:

“Apabila masuk (waktu) solat, hendaklah seseorang kamu azan untuk kamu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dan Ahmad.)

Ia mesti dikumandangkan dengan suara lantang hingga didengari oleh orang ramai. Ini kerana tujuan azan ialah memberi makluman kepada orang ramai. Inilah yang dimaksudkan oleh ungkapan Nabi saw “hendaklah seseorang kamu azan” Ini kerana azan bermaksud “memberi makluman”.

Justeru itu ia mesti dikumandangkan oleh orang yang lantang suaranya sebagaimana sabda Nabi saw:

فَإِنَّهُ أَنْدَى صَوْتًاً مِنْكَ

Maksudnya:

“sesungguhnya dia lebih lantang suaranya berbanding kamu”

(Hadis riwayat Abu Dawud dan dihukumkan sahih oleh al-Albani)

Ia bukan sahaja perlu dikumandangkan di negeri Islam malah di negeri bukan Islam sekalipun sebagai sebahagian syiar Islam di masjid-masjid mereka.

arip

Number of posts : 230
Registration date : 2007-12-16

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum