HUKUM MAULID

View previous topic View next topic Go down

HUKUM MAULID

Post by arip on Tue Mar 18, 2008 10:25 am

HUKUM MAULID
(di copy dari Tranungkite.net)

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulamak berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulamak-ulamak yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka.

Antara ulamak yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti, Sayid Sheikh Ahmad bin Zaini Dahlan, Imam Sayuti, Ibnu Hajar Asqalani dan Ibnu hajar al-Haitami.

Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti:

"Ibadat macam itu adalah bidaah Hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan: "Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat"

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: "Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya."

Dalil dalil yang ulamak-ulamak tersebut di atas gunakan adalah berikut: 1.Firman Allah s.w.t:


وذكرهم بآيام الله


Maksdnya: Hendaklah kamu memperingatkan mereka dengan hari2 kebesaran Allah. (Surah Ibrahim: 5)

Imam Nasaie, Abdullah bin Ahmad dlm Zawaid al-Musnad dan Imam Baihaqi dlm Syu'abul Iman telah menyebutkan satu hadis dr Ubai bin Ka'ab dari Nabi s.a.w; dimana baginda telah mentafsirkan آيام dlm ayat tersebut adalah dgn nikmat2 Allah. Kelahiran Nabi adalah suatu nikmat yg sangat besar.

2. Hadis dr Abi Qatadah al-Ansori; beliau berkata: Nabi telah ditanya tentang puasa hari Isnin. Beliau bersabda:


ذاك يوم ولدت فيه ويوم بعثت أونزل علي فيه


Maksudnya: Pd hari tersebut adalah hr kelahiranku dan hari aku dibangkitkan sebgai Rasul atau diturunkn Quran padaku.
(HR Muslim)

Maka Rasul telah menyatakan adanye kelebihan dan keistimewaan pd hr kelahirannya. Ini menunjukkan boleh menyambut hr kelahirannya.

3. Hadis berikut:

Abu lahab bergembira dgn kelahiran Nabi dan membebaskan hambanya thuaibiah kerana dia yg membawa berita gembira tersebut. Maka Allah meringankan azab Abu lahab di neraka jahnnam.
(HR Bukhari)

Imam Ibnul Jazari -wafat pd 833h- telah berkata:

Sedangkan org kafir yg mana Allah mencelanya dlm al-Quran (Surah Masad) diringankan azabnya dlm neraka kerana dia gembira dgn kelahiran Nabi; inikan pula seorang Muslim yg mngesakan tuhannya dr umat Nabi Muhammad yg gembira dngn kelahiran Nabi dan memberikan sedaya mungkin kemampuannya dlm menunjukkan erti cinta pd Nabi s.a.w.

Marilah kita mengingati hari kelahiran Nabi dengan penuh keinsafan, menghidupkan sunnahnya dan meneruskan perjuangannya di setiap mase dan tempat....

arip

Number of posts : 230
Registration date : 2007-12-16

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum