Pinggiran USJ Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PENGETAHUAN

Go down

PENGETAHUAN Empty PENGETAHUAN

Post by Bart 2nd Chance Wed May 28, 2008 5:17 pm

Assalamualaikum
>
>
> Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau
> bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap
> sampaikanlah artikel ini kpd para wanita......
>
> 1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
> 70 orang wali.
>
> 2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
> 70 lelaki soleh.
>
> 3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
> daripada 1,000 lelakiyang jahat.
>
> 4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
> baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
>
> 5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
> daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala
> daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
>
> 6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
> ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
> jihad.
>
> 7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
> tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
> mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
>
> 8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
> dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
> akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
>
> 9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
> berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
> rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
> daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
> dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
> syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
> yang dibuat daripada yakut.
>
> 10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
> kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
> Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
> anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
>
> 11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
> "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
> keberkatan.
>
> 12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
> bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
>
> 13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
> mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
>
> 14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
> suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
> dari mana-mana pintu yang dia suka.
>
> 15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
> siang hari.
>
> 16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
> malam hari.
>
> 17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
> solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
> Allah mengurniakan satu pahala haji.
>
> 18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
> bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
>
> 19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
> mendapat pahala 12 tahun solat.
>
> 20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
> (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
> khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
>
> 21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
> yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
> solat dan puasa.
>
> 22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
> mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
> suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
>
> 23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
> suaminya akan memasuki syurga.
>
> 24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
> mendapat pahala80 tahun ibadat.
>
> Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
> menjejak Syurga.
>
> Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup
> dalam kejahilan?
>
> Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
> sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat
> hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
> belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
> kemungkaran.. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika
> ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
>
> Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
> dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
>
> Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa
> pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
> Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
> Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
> mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
> bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
> tumpul.
>
> Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang
> memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,
> dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
> Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
> tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
> kaki, badan,etc... .
>
> Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
> Januari 1992.
>
> Hadis nabi mengenai wanita.
>
> Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
> sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
> Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
> jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
> doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
>
> Nilai Seorang wanita solehah
>
> Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang
> menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
> mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
> memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
> dalam erti kata yang sebenarnya.
> Insya - ALLAH.
>
> "Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat
> jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
> dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
> lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
> dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
> menzalimi suaminya".
> Ath-Thabrani.
>
> "Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya
> bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
> baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
> menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
> kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
> jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
> juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
> tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
> suaminya".
> Ibnu-majah.
>
> "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
> yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
> kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
> kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
> kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
> seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
> sesungguhnya lebih baik"
> Ibnu - Majah.
Bart 2nd Chance
Bart 2nd Chance

Number of posts : 36
Registration date : 2008-01-31

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum