9 Kategori Manusia Dan Sembahyangnya...

View previous topic View next topic Go down

9 Kategori Manusia Dan Sembahyangnya...

Post by Bart 2nd Chance on Fri Jul 25, 2008 1:11 pm

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.
Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tidak mahu sembahyang.
Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung
tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau
dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubi llah.

2. Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.
Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang
sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana
satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang
jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab
bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima
ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana
cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3. Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.
Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score
A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun
qada'.Kadang- kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari
duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek
untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh
dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham,
mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat?
Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main... kalau depan raja pun orang dah
kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak
merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan
Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena
pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang
Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada'
sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin
pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini
orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi Kalau kita nak tahu, diwaktu
sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang
masih tak selesai.
Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hilang dll.
Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam
sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan
perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila
bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan
golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan
Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja
tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah
di Neraka Wail, waliauzubillah.

5. Golongan yang sembahyang tarik tali.
Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali
antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat,
kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang
ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah
pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia
tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal,
ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini
walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan,
macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah
banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana
bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira.
Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6. Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.
Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam
sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan
lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak
cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak
ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai
apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula
belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah
impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum
selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak
faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua
didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7. Golongan yang selamat.
Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH.
Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat
ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan
dalam sembahyang. Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu
raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka
pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam
istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk
Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8. Golongan muqarrabin
Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat
dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang
azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH,
hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai
sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di
istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja.
Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan
dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan
dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus
duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat.
Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan
istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat,
tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja
tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga
dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin
Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri
untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa
lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH
sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini
terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat
menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau
terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak
sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah
banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di
Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk
selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya. ..dimana kita
agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi.

Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi
rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat
biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat
taat!.

Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke
peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak
boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat.
Amin ya Rabbal 'aalamin
- -------------------------------------------------------------------
utk renungan bersama....

Bart 2nd Chance

Number of posts : 36
Registration date : 2008-01-31

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum