SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by fendy5800 on Tue Nov 04, 2008 8:35 pm

SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Pihak AJK Surau As-Syakirin bercadang untuk membeli 100 buah kerusi plastik untuk kegunaan program-program surau. Berdasarkan dari program-program yang lalu, peralatan-peralatan seperti kerusi, meja, kawah dan lain-lainadalah dipinjam atau disewa dan ini melibatkan kos sewaan dan kos pengangkutan yang tinggi. Justeru, atas jasa baik salah seorang dari ahli qariah Taman Pinggiran USJ, pihak surau telah mendapat sebut harga yang baik untuk kerusi plastik gred A iaitu RM16.50 sebuah dan untuk 100 buah kerusi, surau dianggarkan memerlukan dana sebanyak RM1,650.

Sehubungan dengan itu, buat kalinya, pihak surau bercadang untuk mengadakan satu Skim Wakaf Pembelian Kerusi Surau di mana setiap lot wakaf yang bersamaan dengan harga untuk 2 buah kerusi akan dijual pada harga RM33. Sebanyak 50 lot akan dibuka untuk jualan atas konsep siapa cepat dia dapat.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai skim wakaf kerusi surau ini bolehlah menghubungi AJK surau yang telah dipertanggungjawabkan iaitu:

1. Fendy - 019-3149588
2. Ariff - 012-3927317
3. Nusi - 013-2515250
4. Hj.Latif - 019-2385443

Diharapkan skim wakaf yang dicadangkan ini akan mendapat sambutan yang baik dari seluruh ahli qariah TPUSJ dan mudah-mudahan ianya menjadi salah satu dari sedekah jariah kita yang berkekalan. Minima pembelian lot wakaf adalah 1 lot dan tiada had maksimum. Jadi, kepada individu yang berminat untuk membeli lebih, bolehlah berbuat demikian. Jasabaik anda amat kami alu-alukan.

Sekian, harap maklum.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) Maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.”
(Al-Munafiquun: 10)

“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Al-Baqarah:261)

fendy5800

Number of posts : 511
Registration date : 2008-01-14
Age : 39
Location : No.27 Jln PUSJ 3/5

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by paklong on Wed Nov 05, 2008 10:15 am

Salam En Pendi/En Arip,

Tolong reservekan utk ambo 3 lot....Ayuh kawan2.... peluang nak buat sedekah jariah tak selalu datang.....

paklong

Number of posts : 61
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by paklong on Wed Nov 05, 2008 10:16 am

En Pendi/En Arip,

Kalau di war-warkan pada orang2 or organisasi2 yg diluar kariah TPUSJ boleh tak?

paklong

Number of posts : 61
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by arip on Wed Nov 05, 2008 10:28 am

To Pak Long 7 rekan2 semua,

Bisa saja dong. Jikalau ada yang mahu berkongsi-kongsi pembelian lot juga bisa. Jikalau ada yang mahu membayar dengan cek (cheque) atau langsung kedalam peti dana surau (kerna ngak mahu dikenali), mohon dituliskan tujuan pembayarannya dengan jelas ya i.e. please write ' Bayaran Skim Wakaf Pembelian Kerusi Surau'.

Jika diijinkan Allah SWT, mungkin kita bisa mulai skim2 wakaf utk projek2 yang lain selepas ini. Moga diberi kekuatan, kelapangan & rahmat dari Allah SWT.

arip

Number of posts : 230
Registration date : 2007-12-16

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by fendy5800 on Wed Nov 05, 2008 10:45 am

Bro, dah inform Bendahari & Pengerusi?
Pastu jgn lupa print dan tampal kat papan kenyataan surau...

fendy5800

Number of posts : 511
Registration date : 2008-01-14
Age : 39
Location : No.27 Jln PUSJ 3/5

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by arip on Wed Nov 05, 2008 10:48 am

malam ni lepas kuliah aku habaqlah kat depa. Ke nak tunggu masa mesyuarat AJK baru btahu? tak tahu bila plak mesyuarat AJk tu

arip

Number of posts : 230
Registration date : 2007-12-16

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by ibnu umair on Wed Nov 05, 2008 11:50 am

alhamdulillah.....skim wakaf
oden nak 3 lot

paklong dah 3 lot
arip mesti 3 lot gak kan.

ibnu umair

Number of posts : 136
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by fendy5800 on Wed Nov 05, 2008 11:52 am

arip wrote:malam ni lepas kuliah aku habaqlah kat depa. Ke nak tunggu masa mesyuarat AJK baru btahu? tak tahu bila plak mesyuarat AJk tu

Arahan: MALAM NI, tq

fendy5800

Number of posts : 511
Registration date : 2008-01-14
Age : 39
Location : No.27 Jln PUSJ 3/5

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by arip on Thu Nov 06, 2008 9:19 am

Dah bincang secara ringkas dengan Hj Latif n Nusi. Lepas gotong royong nanti dia nak bincang lg detail.

arip

Number of posts : 230
Registration date : 2007-12-16

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by gsoumar on Thu Nov 06, 2008 9:27 am

gotong royong hari sabtu ni kan... takdak sapa2 announce kat forum?

gsoumar

Number of posts : 222
Registration date : 2008-05-04
Location : PUSJ

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by fendy5800 on Thu Nov 06, 2008 3:22 pm

setakat hari ini, baru 10 lot yg berjaya kita dijual...
ada baki lagi 40 lot...
ayuh! kawan2... rebut lah peluang utk mengejar saham akhirat.
bagi yg malu utk memaklum dlm forum ni, boleh SMS @ PM saya...
bayaran boleh dibuat secara tunai @ online transfer...

fendy5800

Number of posts : 511
Registration date : 2008-01-14
Age : 39
Location : No.27 Jln PUSJ 3/5

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by ibnu umair on Thu Nov 06, 2008 3:27 pm

meh bg no acc maybank2u anta. senang nak tranfer. tp klu nak bayokan dulu blh gak. nanti potong le yuran badminton.......

ibnu umair

Number of posts : 136
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by fendy5800 on Thu Nov 06, 2008 3:32 pm

badminton dan kerusi dua entiti yg berlainan..
so, transfer je la dulu.., boleh aku buat duit belanja kat sabah ni......
hehehe... chewahhh...mana ada....

no akaun: 1121 0111 0751 (MBB)

fendy5800

Number of posts : 511
Registration date : 2008-01-14
Age : 39
Location : No.27 Jln PUSJ 3/5

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by ibnu umair on Thu Nov 06, 2008 4:06 pm

CHEWAHHH..MANA..ADA

ikanbakar pun slalu ckp mcmni, bakar pun slalu ckp camtu
tu bahasa trend skrg ke... alamak ketingalan zaman le aku

ibnu umair

Number of posts : 136
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by ibnu umair on Thu Nov 06, 2008 4:10 pm

wati ngan bai dia pun suka ckp camtu. mcm2 le korang ni

ibnu umair

Number of posts : 136
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by Tika on Thu Nov 06, 2008 5:00 pm

anak saya pun suka cakap gitu kekeke

Tika

Number of posts : 254
Registration date : 2007-12-28
Location : Jalan Pinggiran 3/5

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by karisma on Thu Nov 06, 2008 5:55 pm

saya pun nak 3 lot..kalau boleh satu corner lot..satu end lot..satu lot 10..chewah mana ada!!

serius..saya 3 lot..nanti saya hantar kat rumah haji ishak..eh..apahal ke sana plak..he..he..ke..ke (ketawa macam tika ngan bunga)

karisma

Number of posts : 91
Registration date : 2008-01-11

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by fendy5800 on Fri Nov 07, 2008 8:44 am

sepeninggalan aku ke mari, aku ingatkan si karisma ni dah insaf, rupa2nya tidak..,
hrpkan pagar, pagar makan padi...
ku sangka panas hingga ke ptg, rupanya hujan di tgh mlm...
madu yg ku beri, CD madu3 yg kau balas...
cheeewah.... mana ada...

lelong... lelong... lelong...
saper mau beli kerusi...
kusi lama... tukar balu...

fendy5800

Number of posts : 511
Registration date : 2008-01-14
Age : 39
Location : No.27 Jln PUSJ 3/5

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by bunga on Fri Nov 07, 2008 9:13 am

sap kau tilam tilam...

tilam lama tuka baru....

anak2ku meng'ajuk' lori tilam tuh.. Laughing

bunga

Number of posts : 555
Registration date : 2008-01-03
Location : bumi yg nyata

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by fendy5800 on Fri Nov 14, 2008 2:59 pm

update:

stkt ni cuma 15lot terjual, ada baki lagi 35lot...
kita akan buka 'promosi' ini hingga hujung bulan Nov...
slps 30hb Nov, jika masih ada lot yg belum dibeli,kita akan open to public...

Sekian, wassalam...

fendy5800

Number of posts : 511
Registration date : 2008-01-14
Age : 39
Location : No.27 Jln PUSJ 3/5

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by fendy5800 on Mon Nov 17, 2008 11:44 am

update:

tawaran dibuka sehingga hari rabu ni jer...
sbb ada hamba Allah berminat nak beli semua lot yg belum terjual...
kpd sesiapa yg masih berminat, boleh berbuat demikian secepat mungkin...

Sekian, wassalam...

fendy5800

Number of posts : 511
Registration date : 2008-01-14
Age : 39
Location : No.27 Jln PUSJ 3/5

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by ibnu umair on Mon Nov 17, 2008 12:00 pm

alhamdulillah
bejaya gak skim wakaf ni walaupu hanya permulaan. tahniah kepada pemegang saham lot dan juga yang mengelolakannye.
tetapi harus diingat, wakaf adalah pelaburan yang tidak putus sampai bila2. so saudara fendi kena pastikan bahawa kerusi tu tak rosak2 dan klu rosak kena le gantikan yg bru yeee

ibnu umair

Number of posts : 136
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by fendy5800 on Mon Nov 17, 2008 12:02 pm

semua ahli qariah adalah orang yg bertanggungjawab untuk menjaga harta benda surau...

fendy5800

Number of posts : 511
Registration date : 2008-01-14
Age : 39
Location : No.27 Jln PUSJ 3/5

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by fendy5800 on Thu Nov 27, 2008 12:30 pm

Salam to all,

Kepada pembeli2 lot kerusi wakaf, anda diminta untuk membuat bayaran kepada saya/0193149588 @ arip/0123927317, selewat2nya pada 30hb Nov'08. Kerjasama dan jasabaik tuan2/puan2, amat kami hargai. Hanya Allah yg dapat membalas amalan tuan2/puan2. Semoga amalan kita diredhai oleh Allah swt.

p/s: kepada sesiapa yg nak byr kp saya, boleh transfer thru m2u, no akaun saya 1121 0111 0751.., dah transfer bagi tau, TQ

Sekian, wassalam.

fendy5800

Number of posts : 511
Registration date : 2008-01-14
Age : 39
Location : No.27 Jln PUSJ 3/5

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by ibnu umair on Thu Nov 27, 2008 3:40 pm

dah transfer to your acc. plz check

ibnu umair

Number of posts : 136
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: SKIM WAKAF PEMBELIAN KERUSI SURAU

Post by Sponsored content Today at 6:15 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum