Ringkasan Riwayat Hidup Saiyid Qutb

View previous topic View next topic Go down

Ringkasan Riwayat Hidup Saiyid Qutb

Post by Admin on Thu Dec 11, 2008 8:51 pm

SAIYID Qutb Ibrahim as-Syazili, dilahirkan pada 9 Oktober 1906M/21 Rejab 1324H
di Asyut iaitu antara desa/bandar terbesar di Mesir yang mempunyai
sebuah universiti terkenal di situ.

Beliau disifatkan oleh kebanyakan penggiat seni
tanah air di Mesir sebagai seorang penulis, sasterawan, pemikir Islam
yang ulung dengan beberapa buah pemikiran dan idea yang cukup bernas
dalam menangani isu-isu masyarakat yang dijelmakan ilhamnya itu dalam
bentuk penulisan menerusi beberapa karya agungnya yang tersohor.

Saiyid Qutb yang cukup terkenal dengan idea-idea bernas
mengakui bahawa beliau terpengaruh dengan pendekatan Parti al-Wafd yang
banyak menghasilkan tulisan idea pemikir tersohor ketika itu, iaitu
Abbas Mahmood al-�Aqqad. Abbas banyak mengkritrik pemerintah pada waktu
itu dengan pendekatan yang bukan sahaja tidak selari dengan selera
rakyat, malah lari daripada pentadbiran negara berasaskan Syariat
Islam.

Setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana di Fakulti Darul
Uloom, Universiti Kaherah pada 1933, Saiyid Qutb ditawarkan menjadi
pensyarah di situ dengan bayaran gaji sebanyak enam pound Mesir
(RM6)sebulan.
Pada awal 40-an, beliau ditugaskan menjadi pemantau dalam
pembelajaran subjek �
Kesusateraan Arab�di sekolah-sekolah Kementerian
Pelajaran. Di situlah timbul minat mendalam beliau untuk menulis
mengenai subjek berkenaan dan berjaya menghasilkan sebuah buku
mengenainya bertajuk �
Kutb wa as-Syahsiyyat� (Buku-buku dan tokoh-tokoh
ternama).
Kemudian beliau melebarkan bakatnya dalam alam penulisan dengan
menghasilkan buku �
at-Taswir al-Fanni fi al-Quran� yang mendapat
sambutan hangat di kalangan sasterawan pada ketika itu.

Kecenderungan kepada Ikhwan Muslimun

Saiyid Qutb dipilih oleh Kementerian Pelajaran sebagai salah
seorang anggota delegasi Mesir menyambung pelajaran dalam bidang
Pendidikan dan Fundamental Silibus pada 1948 iaitu tahun yang sama
kematian Pengasas Gerakan Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hasan al-Banna
yang ditembak mati di Mesir.

Kematian Imam Hasan amat mengesankan sesetengah rakyat Amerika,
berkebetulan Imam Hasan merupakan rakan sekelas dengan beliau ketika
menuntut di Universiti Kaherah, namun beliau tidak pernah rapat dan
mengetahui perjuangan yang beliau dukungi itu.

Saiyid Qutb bertambah hairan, bagaimana kematian Imam Hasan di
Mesir, tetapi disambut besar-besaran di Amerika, di situlah beliau mula
cuba menyelami serta mendekatkan diri dengan perjuangan Imam Hasan dan
gerakan dakwahnya melalui Ikhwan Muslimun.

Beliau semakin memahami bahawa Ikhwan Muslimun merupakan
gerakan dakwah yang bukan sahaja mampu membetulkan fikrah pemerintah,
rakyat seluruhnya, malah mampu membentuk peribadi mulia di kalangan
umat Islam dengan jiwa yang tunduk kepada perintah Allah SWT.

Beliau tidak menunggu lama, sekembalinya daripada Amerika,
beliau menulis sebuah buku mengenai �
Amerika yang aku lihat sendiri
dari dalam�,

begitu juga buku tulisannya mengenai hari kiamat sudah
mula diterima oleh pendukung-pendukung Ikhwan Muslimun setelah beliau
menyatakan hasrat untuk berkecimpung secara aktif sebagai anggota
Ikhwan. Beliau mahu menyambung tugas yang ditinggalkan oleh Imam Syahid
Hasan untuk membawa umat berpegang kepada Islam, walaupun tidak sempat
bersama dengan Imam semasa hayatnya.

Cintanya kepada perjuangan Islam yang diasaskan oleh Imam
Syahid Hasan al-Banna semakin menebal dalam sanubarinya. Beliau tidak
menyedari bahawa perjuangan itu sebenarnya telah pun diaktifkan ketika
sama-sama menuntut di universiti. Kisah ini terjadi pada 1952 ketika
Mesir berhadapan dengan satu revolusi yang dicetuskan oleh Ikhwan
Muslimun tetapi tidak berjaya.

Beliau yang masih bertugas di Kementerian Pelajaran selepas
pulang daripada Amerika sudah mula dihidu oleh pihak tertentu di
kalangan rejim Presiden Jamal Abdel Naseer. Beliau sering ditukarkan
dari satu pejabat ke pejabat yang lain, dari satu daerah ke satu daerah
yang lain bertujuan untuk menekannya, akhirnya beliau menghantar surat
perletakan jawatan sebagai pegawai pendidikan pada 15 Oktober 1952.

Selepas berakhir Perang Dunia Kedua, keadaan kehidupan
masyarakat dan suasana politik semakin buruk. Kesempatan itu diambil
peranan oleh Ikhwan Muslimun untuk melakukan islah dan pemulihan
terhadap sistem pentadbiran negara, ekonomi institusi kemasyarakatan
untuk dikembalikan kepada Islam.

Saiyid Qutb sebagai salah seorang anggota Ikhwan menulis
beberapa buku berkaitan dengan Islam, antara lain buku mengenai

Keadilan sosial dalam Islam�
yang mendapat sambutan hangat daripada
masyarakat dan diulang cetak hingga beberapa kali.

Ditangkap dan digantung sampai mati

Presiden Jamal Abdel Naseer dikatakan gagal dalam percubaan
untuk membunuhnya pada 1954 oleh pihak tertentu (dan mungkin juga ia
satu provokasi). Namun dikatakan bahawa yang menjadi dalang kepada
percubaan membunuhnya itu adalah Ikhwan, walaupun pihak berkenaan tidak
mempunyai yang menunjukkan mereka terlibat.

Pihak berkuasa mengeluarkan arahan untuk melakukan penangkapan
besar-besar teradap anggota Ikhwan, salah seorang daripadanya ialah
Saiyid Qutb. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dengan
menerima pelbagai bentuk seksaan yang tidak pernah dibayangkan beliau
sebelum ini.

Penahanan Saiyid Qutb dalam penjara mendapat perhatian mantan
Presiden Iraq ketika itu, iaitu Jeneral Abdel Salam Aref yang meminta
Presiden Jamal agar membebaskannya. Permintaan itu ditunaikan, Saiyid
Qutb dibebaskan pada 1964.

Selepas lapan bulan di luar penjara, beliau sekali lagi
ditangkap dan dituduh menghasut rakyat untuk membekar pusat-pusat
makmal sebagai tanda untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden
Jamal Abdel Naseer.
Pada 29 Ogos 1966, Saiyid Qutb dan tujuh anggota Ikhwan yang
lain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di sebuah tempat yang tidak
diketahui oleh sesiapa termasuklah adiknya iaitu Muhammad Qutb yang
akhirnya dibuang daerah dan menetap hingga kini di Arab Saudi.

Sebelum menjalani hukuman, Saiyid Qutb ada menyebut, bahawa
beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. malam sebelum
digantung. Beliau menunggang kuda putih dan Rasulullah s.a.w. bersalam
dengannya dan menegaskan bahawa bertenanglah wahai Saiyid, sesungguhnya
kamu telah berjaya mendapat kematian sebagai seorang syahid pada jalan
Allah.
Beliau telah meninggalkan satu contoh terbaik kepada pendukung
gerakan Islam dari sudut kekentalan dalam berdakwah, di samping
meninggalkan karya-karya agung dalam bidang sastera, agama dan
rencana-rencana yang menyentuh jiwa, sanubari dan pemikiran
manusia.-Hrkh
_

_________________
TAKAFUL: NGV: FATWA HARAMNYA INSURANS:

Renew Roadtax/Takaful call Saya 012-6547247 (Door to Door Service)
Takaful Medical Card/Medical Cash Less termurah dipasaran-call saya 012-6547247

Admin
Site Admin
Site Admin

Number of posts : 248
Registration date : 2007-11-27

http://www.etiqa.com.my

Back to top Go down

Re: Ringkasan Riwayat Hidup Saiyid Qutb

Post by arip on Thu Dec 11, 2008 9:55 pm

Sayyid Qutb mati sewaktu berjuang dengan jemaah islam.

arip

Number of posts : 230
Registration date : 2007-12-16

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum