MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SURAU

View previous topic View next topic Go down

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SURAU

Post by Biro Dakwah on Thu Jul 02, 2009 1:55 pm

Assamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

1. Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu Projek Pembangunan Surau
As-Syakirin yang meliputi penambahan bahagian belakang surau dan pemasangan
struktur bumbung/genting akan dilaksanakan pada penghujung bulan Jun 2009.
Projek ini dijangka akan dapat disiapkan
pada penghujung bulan Julai atau awal bulan Ogos 2009 iaitu sebelum
tibanya bulan Ramadhan, agar dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada
kariah sekelian semasa mengerjakan ibadah di bulan tersebut.

2. Projek ini dianggarkan akan memakan
belanja sebanyak RM15,000.00. Untuk pengetahuan Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta
ahli kariah sekelian, kewangan Surau As-Syakirin akan berupaya menampung
sebahagian sahaja dari jumlah tersebut dan sebahagiannya lagi akan bergantung
kepada sumbangan derma ikhlas dari penderma-penderma yang budiman sekelian.

3. Oleh yang demikian, kepada Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Ahli Kariah serta
penderma-penderma budiman sekelian, jika
ingin menderma bolehlah menghulurkan sumbangan tersebut dalam bentuk tunai atau
cek kepada Tabung Akaun Surau As-Syakirin melalui seperti berikut:

a. Derma
terus kedalam tabung peti besi yang disediakan di Surau.
b.
Menyerahkan
sumbangan derma tersebut kepada:
·
Pengerusi
Surau iaituTuan Hj Ab Latif bin Hj Main, Tel: 019-2385443 atau
·
Bendahari
Surau iaitu En. Hasrurizal bin Hashim, Tel: 012-6820346 atau
·
Setiausaha
Surau iaitu En Hamzah bin Hj Ahmad, Tel: 019-3106476

4. Semoga sumbangan derma iklas Tuan-Tuan
dan Puan-Puan serta ahli kariah sekelian akan mendapat keberkatan dan keredaan
dari Allah Subhanahu Wataallah serta mendapat rahmat dariNya. Insyaallah.
Amin…..

Yang Benar

HAJI AB LATIF BIN HAJI MAIN
Pengerusi
Surau As-Syakirin

Biro Dakwah

Number of posts : 110
Registration date : 2008-07-14

Back to top Go down

Re: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SURAU

Post by arip on Wed Jul 15, 2009 12:21 pm

Salam

Kalau tak silap, sumbangan juga dialu-alukan untuk menaja 2 orang pelajar tahfiz yang akan menjadi imam solat tarawih & tinggal di surau sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Selain dari itu, antara sumbangan2, secara individu atau berkumpulan, yang boleh dibuat (berdasarkan keperluan surau)
1) 4-6 unit meja banquet
2) 4-6 unit meja plastik boleh lipat
3) Dulang bulat (utk makan dalam dulang)
4) Jam dinding saiz besar
5) Kipas dinding (utk gantikan yg rosak. Kalau boleh jenama yg tahan lama skit)
6) dining set (2pcs)
7) Katil n tilam bujang, karpet, kipas berdiri, tempat sidai baju/towel ( utk pelajar tahfiz yg akan tinggal disurau i.e convert bilik store)
Cool Kontena 20' /kabin utk buat store
9) Karpet utk dewan solat
10) cecair pencuci lantai & pinggan mangkuk
11) Besen saiz besar & baldi (untuk basuh pinggan magkuk)
13) water hose saiz panjang

arip

Number of posts : 230
Registration date : 2007-12-16

Back to top Go down

Re: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SURAU

Post by Tika on Wed Jul 15, 2009 5:56 pm

Salam

Sdr Arip,

Tilam saja cukup kut, takyah katil kekeke...

Saya nak chop beberapa barang yg tersenarai boleh?? Sebab nanti takut saya dah beli, ada yg beli barang yg sama juga...membazir pula.

Tika

Number of posts : 254
Registration date : 2007-12-28
Location : Jalan Pinggiran 3/5

Back to top Go down

Re: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SURAU

Post by arip on Thu Jul 16, 2009 11:30 am

Alhamdulillah ..Puan Tika dapat nombor satu dalam golongan fastabikul khayrat (berlumba-lumba mencari kebaikan).

Cuba contact ketua biro lojistik en Fauzi 012-9208595 atau tuan zainan (sebelah rumah hj arshad). Maybe depa ada buat arrangement.

arip

Number of posts : 230
Registration date : 2007-12-16

Back to top Go down

Re: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SURAU

Post by Tika on Thu Jul 16, 2009 1:10 pm

oh ok...insyaAllah saya try tanya En Fauzi. Terima kasih banyak Smile

Tika

Number of posts : 254
Registration date : 2007-12-28
Location : Jalan Pinggiran 3/5

Back to top Go down

Re: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SURAU

Post by bakar on Thu Jul 16, 2009 4:49 pm

PM je ke ikan bakar..nanti dia bagitau Fauzi..diorang tinggal serumah..

bakar

Number of posts : 79
Registration date : 2008-10-13

Back to top Go down

Re: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SURAU

Post by abu azam on Fri Jul 17, 2009 12:51 pm

Saya nak sumbangkan cecair pencuci pinggan mangkuk. Any particular brand yg dikehendaki?

abu azam

Number of posts : 12
Registration date : 2008-12-03

Back to top Go down

Re: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SURAU

Post by Biro Dakwah on Tue Jul 21, 2009 12:27 pm

Mana-mana brand yg terdapat dipasaran kami teriima

Biro Dakwah

Number of posts : 110
Registration date : 2008-07-14

Back to top Go down

Re: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SURAU

Post by Tika on Mon Aug 03, 2009 5:25 pm

abu azam wrote:Saya nak sumbangkan cecair pencuci pinggan mangkuk. Any particular brand yg dikehendaki?

huh nasib baik saya leh terlupa beli pencuci pinggan mangkuk masa cari barang haritu... rupanya ada orang lain nak bagi...Allah maha mengetahui hehehe. Apa pun pada En Fauzi atau Ikan Bakar...suami saya dah hantar besen besar, besen sederhana, baldi, hose panjang ke surau sabtu mlm ahad lepas... Menurut beliau, dia bagi pada siak yg bertugas mlm tu.. So harap dah terima ya.. Nanti insyaAllah saya cuba cari dulang dan jam besar tu pulak.. barang yang lain, kalau ada rezeki...insyaAllah.

Tapi dulang tu nak berapa ek?? saya benarnya segan nak call en Fauzi tu haha..

Terima kasih Smile

Tika

Number of posts : 254
Registration date : 2007-12-28
Location : Jalan Pinggiran 3/5

Back to top Go down

Re: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SURAU

Post by fendy5800 on Tue Aug 04, 2009 11:22 am

Tika, smlm fauzi ada bagi tau yg JAM BESAR dah ada hamba Allah nak belikan, so awak tinggal beli dulang je la..., beli sedozen cukup la, nak buat hidang2 masa ada majlis mkn2...

fendy5800

Number of posts : 511
Registration date : 2008-01-14
Age : 39
Location : No.27 Jln PUSJ 3/5

Back to top Go down

Re: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SURAU

Post by Tika on Tue Aug 04, 2009 4:54 pm

Sdr Fendy,
oh dah ada nak sumbangkan ek...baguslah.. Nanti saya try cari dulang.. Benarnya tgh cari kat mana nak beli. Haritu cari dah takde hehe.

Oh untuk menghidang jer ke dulang tu?? Ingat nak buat makan dlm dulang...cam nasi ambang tu ke hehehe..

Dah sihat?? Smile

Tika

Number of posts : 254
Registration date : 2007-12-28
Location : Jalan Pinggiran 3/5

Back to top Go down

Re: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SURAU

Post by Sponsored content Today at 10:40 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum