Pinggiran USJ Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Go down

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA Empty 9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Post by arip Wed Jul 15, 2009 11:18 am

Salam

Malam tadi (14/7/2009) kita baru mula kuliah tasawuf, i.e. ilmu yang bermanafaat utk mengenal & merawat penyakit2 hati. So, arini saya nak kongsi sedikit ilmu berkenaan penyakit2 hati.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati
ialah :

1. Pemarah paling
mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang
seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini
sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang
kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami
itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki-
amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil -
sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari
dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang
diberi oleh Allah elok dikongsi bersama-derma) Allah lebih sayang orang yang
fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana
walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang
yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak
kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau berapa banyak yg diminum
tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang
dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.
Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.
(mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat
keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang
lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time
keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu
segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang
memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa
sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi
jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita
riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia -
tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah
pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan
pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah...
Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu
"panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi
letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara
TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah
MAZMUMMAH.


Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia
jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama
lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.


Wallahualam"
arip
arip

Number of posts : 230
Registration date : 2007-12-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum