Pinggiran USJ Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH

+3
arip
zuhaila
Biro Dakwah
7 posters

Go down

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH Empty KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH

Post by Biro Dakwah Tue Nov 10, 2009 6:31 pm

IBADAH QURBAN/AQIQAH 2009 & KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR

ATAS INISIATIF AJK SURAU ASSYAKIRIN, SATU KUTIPAN AMAL AKAN DILAKUKAN PADA HARI AHAD 15 NOVEMBER 2009 DARI JAM 8PAGI KE 12 TENGAHARI. KUTIPAN AKAN DILAKUKAN DI SURAU ASSYAKIRIN DAN BANTUAN AKAN DISALURKAN KEPADA MANGSA2 BANJIR DI KAWASAN RANTAU PANJANG, KELANTAN.

KUTIPAN ADALAH UNTUK BARANGAN SEPERTI BERIKUT

1) BERAS (PEK 5KG/10KG)
2) SARDIN
3) WANG

BAHAN-BAHAN YANG AKAN DIKUTIP KAMI TERPAKSA LIMITKAN DAHULU UTK MEMUDAHKAN TUGAS PENGHANTARAN. KERJA-KERJA PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN AKAN DILAKUKAN OLEH YB USTAZAH SITI ZAILAH, AHLI PARLIMEN KAWASAN RANTAU PANJANG.

DISAMPING ITU, SESIAPA YANG BERHAJAT UNTUK MENUNAIKAN IBADAH QURBAN/AQIQAH BOLEH JUGA MENGHUBUNGI PENGENDALI SEPERTI YG BERIKUT

1) Ust Fadzil Ismail (019-2467512) - RM250/bahagian - Buat di Kemboja
2) Ust Azrulhakim Suradi (019-2715765) - RM250/bahagian - Buat di Kemboja
3) Ust Dr Shihabudin Muhaimin (0126653988)-RM350/bahagian - Buat di Jogjakarta
4) YB Ustzh Siti Zailah (019-9823942) - RM300/bahagian - Buat di Rantau Panjang, Kelantan

Kelebihan Sedekah


"Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh" ( Al-Munafiquun : 10 )

HURAIAN

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material.

Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK

Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

MENOLAK BALA BENCANA

Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )

SELAGI PELUANG MASIH ADA…

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )
Biro Dakwah
Biro Dakwah

Number of posts : 110
Registration date : 2008-07-14

Back to top Go down

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH Empty Re: KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH

Post by zuhaila Fri Nov 13, 2009 5:06 pm

salam.. nak tanya skit, nape x buat derma dari segi pakaian, selimut dll... bukan apa byk je pakaian yg x pakai lg tapi x tau nak bg kat sape... mesti mangsa banjir 2 pun bole guna kan... saya slalu dgr agama kristian slalu buat mcm 2.. napa x kita je yg buat utk tlg insan seagama kita... just bg pandangan..

zuhaila

Number of posts : 15
Registration date : 2009-09-12
Age : 46
Location : tmn pinggiran usj

Back to top Go down

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH Empty Re: KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH

Post by Biro Dakwah Mon Nov 16, 2009 10:41 am

Soalan 1) nape x buat derma dari segi pakaian, selimut dll... bukan apa byk je pakaian yg x pakai lg tapi x tau nak bg kat sape... mesti mangsa banjir 2 pun bole guna kan... saya slalu dgr agama kristian slalu buat mcm 2..

Buat masa ni, kami terpaksa limitkan kutipan bantuan untuk makanan sahaja sebab itu priority utama skrg yg diminta oleh wakil kita disana. Insya Allah, kutipan untuk bantuan pakaian akan diadakan . Kalau ikut pengalaman membuat kutipan pakaian semasa tragedi tsunami & banjir di Johor dulu, ada beberapa syarat yg perlu dihebahkan pada orang ramai i.e. pakaian yang masih elok (walaupun terpakai & dah lama), bersih (kalau boleh dibasuh dahulu), di lipat bungkus dgn kemas dan kalau boleh di diasing mengikut kategori i.e. baju sekolah, baju kurung, seluar panjang lelaki, kanak-kanak, etc. Semua ini untuk memudahkan urusan pengumpulan, pemilihan, penyimpanan, penghantaran & pengagihan pada penerima. Dan semua tugas ini memerlukan koordinasi logistik yg kemas dan juga manpower untuk melaksankannya. Dah dikutip kenalah kemaskan dan simpan, so kena ada tukang kutip dan kemas serta tempat simpan. Semua sukarelawan dialu-alukan termasuklah suami Pn Zuhaila

Soalan 2) napa x kita je yg buat utk tlg insan seagama kita...

Kita harap bantuan yang dihulurkan dapat sampai pada semua yg memerlukan tak kira bangsa atau agama.
Biro Dakwah
Biro Dakwah

Number of posts : 110
Registration date : 2008-07-14

Back to top Go down

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH Empty Re: KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH

Post by arip Wed Nov 18, 2009 6:18 pm

Gambar2 dari program kutipan bantuan

Alhamdulillah. Program telah berjalan dengan lancar dan sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Hampir satu tan bekalan makanan (beras aje dah lebih 800kg ) berjaya dikutip sebelum majlis penyerahan pada hari Isnin 915pm. Pada yang menderma dan yang membantu, jutaan terima kasih kami ucapkan. Hanya Allah SWT yang layak membalas jasa kalian. Moga setiap butir beras & gula yang kita sumbang dapat menjadi saksi sewaktu kita berhadapan dengan Allah SWT di hari pembalasan kelak.

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH 15112010

Aktiviti menyusun beras mengikut size & brand diketuai oleh bekas pekerja Carrefour (bahagian pakaian kanak-kanak)...


KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH 16112010

Majlis penyerahan bantuan yang telah dikutip (i.e beras, sardin, RM, gula, kicap, sirap, mee sedap, laici, garam, teh. kopi, pakaian etc) pada Encik Nazarudin, wakil YB Ustazah Siti Zailah oleh Pengerusi Surau Hj Latiff.

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH 16112011

Kawalan keselematan barang2 yang telah dimasukkan ke dalam Toyota Hilux Ustazah Siti Zailah diketuai oleh bekas pekerja Carrefour (bahagian pakaian kanak-kanak)...

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH 16112012

Jutaan terima kasih pada Encik Mior (baju biru) & Bashah kerana sudi meminjamkan Mitsubishi Storm untuk mengangkut barangan yg telah dikutip (yang baju melayu kuning tu bukan Bashah)
arip
arip

Number of posts : 230
Registration date : 2007-12-16

Back to top Go down

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH Empty Re: KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH

Post by fendy5800 Thu Nov 19, 2009 11:16 am

Alhamdulillah...

fendy5800

Number of posts : 511
Registration date : 2008-01-14
Age : 46
Location : No.27 Jln PUSJ 3/5

Back to top Go down

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH Empty Re: KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH

Post by ibnu umair Sun Nov 22, 2009 3:05 pm

syabas warga tpusj.

ibnu umair

Number of posts : 136
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH Empty Re: KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH

Post by H.Dolmat Mon Nov 23, 2009 5:11 pm

Mana gambar ikanbakar?? nape tak disiarkan? Dah lama ikanbakar tak masuk forum...Nape ek?
ibnu umair, ko selalu minum ngan ikanbakar kan....ko pujuk la dia sepaya masuk balik forum nih...

H.Dolmat

Number of posts : 52
Registration date : 2009-05-06

Back to top Go down

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH Empty Re: KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH

Post by fendy5800 Tue Nov 24, 2009 5:34 pm

H.Dolmat wrote:Mana gambar ikanbakar?? nape tak disiarkan? Dah lama ikanbakar tak masuk forum...Nape ek?
ibnu umair, ko selalu minum ngan ikanbakar kan....ko pujuk la dia sepaya masuk balik forum nih...

ikanbakar+ibnu_umair_H.Dolmat umpama aur&tebing...
mana bisa dipisahkn.., nak2 lagi jika tajuknya G.O.L.F...

fendy5800

Number of posts : 511
Registration date : 2008-01-14
Age : 46
Location : No.27 Jln PUSJ 3/5

Back to top Go down

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH Empty Re: KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH

Post by ibnu umair Tue Nov 24, 2009 6:13 pm

sila kembali ke tajuk......

ibnu umair

Number of posts : 136
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH Empty Re: KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH

Post by Admin Tue Nov 24, 2009 8:59 pm

ibnu umair wrote:sila kembali ke tajuk......

ha'ah saya/aku sokong ibnu umair sila kembali ke tajuk....tuan2...tak pun wujudkan tajuk baru GOLF dalam sembang.....



tima asih...... Laughing
Admin
Admin
Site Admin
Site Admin

Number of posts : 248
Registration date : 2007-11-27

http://www.etiqa.com.my

Back to top Go down

KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH Empty Re: KUTIPAN DERMA UTK MANGSA BANJIR & IBADAH QURBAN/AQIQAH

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum