Orang Soleh Pun Akan Terkena Azab

View previous topic View next topic Go down

Orang Soleh Pun Akan Terkena Azab

Post by zamniks on Mon Mar 01, 2010 5:44 pm


Nabi Musa a.s satu ketika bertanya pada Allah dengan katanya, Wahai Allah
mengapa Engkau menimpa juga azab ke atas hamba-hamba Mu yang soleh
apabila amalan maksiat berleluasa di kalangan umat? Nabi Musa a.s heran
mengapa jika hanya sebahagian umat yang melakukan maksiat tapi bukan
hanya pelaku maksiat ditimpa azab malah orang-orang yang soleh dan ahli
ibadah juga terkena tempiasnya.

Bagi menjawab soalan Nabi Musa tersebut maka Allah swt telah menguji beliau. Pada suatu hari
disebabkan keletihan yang amat sangat, Nabi Musa as pun berehat di
bawah tedohan pokok-pokok. Di dalam nyeyak berehat, tiba-tiba datang
seekor semut menggigit beliau dengan kuat sekali. Beliau bingkas bangun
dan lansung membunuh semua semut yang ada di sekitarnya.



Beliau menyesal dan terus bertaubat dan segera menyedari bahawa kekadang azab
tidak hanya menimpa orang-orang duhaka sahaja, malah orang-orang yang
soleh sekitarnya pun akan terkena tempiasnya.

(Hayatul Hayawatul Kubra : Fathurrozi ,Surabaya : Dengan Sedikit Olahan Bahasa Malaysia)

p/s: Semuga ianya menjadi iktibar pada kita semua.

Sumber: http://hambalialorstari.blogspot.com/

zamniks

Number of posts : 18
Registration date : 2009-05-25
Age : 40
Location : Jalan PUSJ 3/4

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum