Surau As-Syakirin dan Ramadhan

View previous topic View next topic Go down

Surau As-Syakirin dan Ramadhan

Post by Sara on Wed Aug 03, 2011 4:48 pm

Salam semua,
Bukan nak komplen cuma nak tanya atau lebih tepat lagi nak komen.Harap kalau2 ada AJK surau di dalam ni..boleh bagi feedback.

1. Kenapa program tazkirah diadakan selepas 4 rakaat solat taraweh..kenapa tak buat selepas 8 rakaat..So..kami yg mempunyai masa yg suntuk ni bolehlah skip tazkirah tu dan pulang setelah selesai taraweh 8 rakaat. Tentang Tazkirah tu..sekarang ni kan dah banyak mp3 ceramah..yang kita boleh dengar sambil buat kerja rumah. Sekali lagi ini cuma satu komen.

2. Kenapa pilih imam tahfiz yg muda sangat dan tak berapa fasih. Mengganggu kekhusukkan lah camni..

3. Suami saya kata AJK surau di surau ni..sombong sikit..pernah dia tanya cawan yg dah minum ni nak letak mana.. AJK tu jawap..tu ada sinki tu..basuhlah sendiri..kan boleh jawap elok2 sikit. Sekarang ni dia dah pergi solat kat Masjid


Sara

Number of posts : 2
Registration date : 2011-08-03

Back to top Go down

Re: Surau As-Syakirin dan Ramadhan

Post by abu_adi on Sun Aug 07, 2011 12:29 pm

saya bukan AJK. tidak juga menyokong / membantah mana- mana pihak, cuma nak bagi pencerahan:
- tazkirah selepas 4 rakaat adalah standard dicadangkan oleh JAIS. Ini adalah standard format biasa yang dipakai oleh banyak surau yang melakukan 8 rakaat.
- kalau buat selepas 8 rakaat, puan boleh fikirkan sendiri berapa ramai kah yang nak duduk dengar?
- jikalau kesuntukan masa, tiada halangan untuk sambung di rumah. terawih memang lebih elok berjemaah, tapi tiada halangan pun untuk buat di rumah jika kesuntukan masa, penat bekerja, etcetc.
- tidak sama kesan duduk di dalam satu2 majlis ilmu, berbanding melihatnya dari VCD. apatah lagi tidak sama kesannya apabila mendengar dari MP3 sahaja. banyak fadilat yang sama sekali tidak diperolehi seperti berjalan ke surau, duduk dalam surau iktikaf, etcetc.

pasal imam muda tu, saya pun sedikit bersetuju. tapi tak salah kita berikan peluang untuk mereka. kita pikirkan la hikmahnya jugak; mungkin kita lebih alert mendengar bila tersangkut- sangkut tu. dan mungkin jugak banyak faktor lain lagi, seperti kekurangan hafiz bila dekat2 bulan puasa ni, etctc. tu pun seorang je, yang seorang lagi tu ok je lancar Razz apapun, kita masih mendapat pahala mendengar bacaan kan?

yang pasal AJK tu, minta maaflah suami puan mengalami pengalaman sebegitu. tapi sedikit tidak adil la, kalau kerana satu insiden, kita nak cop semua AJK macam tu. perlu diingat jugak, AJK ni manusia biasa. ada keluarga, ada kerja. mungkin hari tu kucing dia beranak ke, bergaduh dengan bos ke, motor pancit ke. kita berlapanglah dada sikit.

banyak cabaran menguruskan surau. bukannya masjid, yang ada elaun dan bergaji. semua ni free je, lillahi Taala. siap kena keluarkan duit, ada la.nak letak dalam resume/cv pun tak laku Very Happy

moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas.

abu_adi

Number of posts : 14
Registration date : 2009-11-18

Back to top Go down

Re: Surau As-Syakirin dan Ramadhan

Post by paklong on Sun Aug 07, 2011 7:38 pm

alasan tak nak pegi surau sebab tanya AJK (betul ke AJK sebab basuh pinggan mangkuk ni ramai volunteer) sombong masa tanya kat mana nak letak cawan adalah sangat lemah dan hanya tinggal alasan. Pasni masjid pun tak pegi atas alasan jauh. Penyudahnya solat kat rumah pastu dengar mp3. Maaf ulasan saya tak berlapik mcm Abu Adi tapi saya rasa mencari redha Allah lebih penting dari mencari redha manusia.

paklong

Number of posts : 61
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: Surau As-Syakirin dan Ramadhan

Post by abu_adi on Mon Aug 08, 2011 3:09 pm

secara peribadinya, saya lebih suka terawih 20 rakaat dan tiada tazkirah. bahkan saya sendiri pernah terfikir hendak lari ke masjid/surau lain yang buat 20, sejak hari pertama lagi.

tapi, bila memikirkan, inilah surau kita, tempat anak- anak kita bergaul, tempat kita bermasyarakat, bertahlil, berkenduri, apatah lagi melihatkan bilangan saf yang semakin berkurangan, saya tak sampai hati dan batalkan niat saya.

biar ada kesilapan sekalipun, siapa yang nak mengimarahkan surau kita, kalau bukan kita sendiri?

wallahu a'lam.

abu_adi

Number of posts : 14
Registration date : 2009-11-18

Back to top Go down

Re: Surau As-Syakirin dan Ramadhan

Post by NONAME8555 on Tue Aug 09, 2011 2:22 pm

Salam,

Ala tu kira ujian bulan puasa la, xkan la benda2 kecik cam ni pun nk berkira..blajar la menerima seadanya insyaAllah semua ok.


NONAME8555

Number of posts : 18
Registration date : 2009-12-09

Back to top Go down

Re: Surau As-Syakirin dan Ramadhan

Post by Sara on Wed Aug 10, 2011 6:05 pm

Maaf dan sorry sekiranya ada yg terasa...Saya cuma bagi pandangan je..Cuma tahun ni saya lihat jemaah betul2 kurang kalau compare ngan tahun lepas..perasan tak?

Sara

Number of posts : 2
Registration date : 2011-08-03

Back to top Go down

Re: Surau As-Syakirin dan Ramadhan

Post by Sponsored content Today at 7:51 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum