PEMBEKAL LEMBU KAMBING AQIQAH dan KORBAN SHAH ALAM KLANG PJ

View previous topic View next topic Go down

PEMBEKAL LEMBU KAMBING AQIQAH dan KORBAN SHAH ALAM KLANG PJ

Post by ummbaraqah on Wed Nov 23, 2011 5:45 pm

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Kami menjual lembu dan kambing bagi tujuan aqiqah dan korban dan berharap maklumat dibawah ini membantu anda semua memilih binatang sembelihan. HUBUNGI UMMBARAQAH seekor LEMBU untuk aqiqah pada harga bergantung pada saiz dan berat (HARUS 2 minggu awal tetapi boleh bincang lagi)

Assalamu'alaikum Wrmbth, Harga lembu aqiqah bagi bulan November 2011 adalah stabil bergantung pada pasaran. Harga lembu jika berjaya berpakat dengan sanak saudara dan rakan taulan untuk aqiqah ini jauh lebiih murah daripada harga kambing iaitu RM750~800 bagi pakej siap sembelih lapah dan hantar.
Lembu Aqiqah

Kenapa Harga lembu Aqiqah lebih murah daripada kambing? Bekalan kambing tempatan tidak mencukupi dan kos makanan dan lain-lain untuk menternak kambing di Malaysia sangat tinggi jika dibandingkan dengan harga kambing import. Pada tahun 2008, harga kambing import yang tiba di Lapangan Terbang dan Pelabuhan berada disekitar RM400-500 minima. Pada tahun 2011 (kini) harga kambing yang tiba di Malaysia adalah RM600. Peningkatan yang sangat banyak. Tahukan anda Harga Kambing pada zaman nabi SAW adalah 1 dinar emas dan tetap bertahan sehingga kini. Terbukti emas memang kalis inflasi atau sesuatu yang tidak kena berlaku pada ekonomi Malaysia dan dunia. Kerana Harga Lembu Aqiqah dan Kambing Aqiqah bergantung kepada tukaran mata wang asing diseluruh dunia.

Bagaimana pula harga lembu aqiqah dan kambing akan naik? Harga lembu dan kambing untuk aqiqah dan korban akan naik seiring dengan kadar inflasi sesebuah negara yang terlibat dan kadar mata wang asing. Contohnya dalam kes ini lembu dan kambing diimport dari ke Malaysia dariapada Australia. Jika matawang Australia naik maka harga lembu dann kambing akan naik, sebaliknya jika Matawang Ringgit Malaysia (RM) turun maka harga lembu dan kambing jua akan naik. Jadi kita buat sendiri penilaian samada ekonomi australia yang berubah ataupun Malaysia? Harga kambing lembu aqiqah akan berterusan naik seiring dengan pertambahan tahun kerana populasi umat islam di Malaysia semakin naik maka permintaan juga bertambah. Permintaan yang melebihi barangan dipasaran akan merendahkan kuasa beli pengguna dan menyebabkan kadar inflasi meningkat.
harga lembu aqiqah

Bila pula harga kambing dan lembu aqiqah akan turun? Seperti diterangkan diatas, supaya harga kambing dan lembu turun keadaan sebaliknya perlu timbul iaitu permintaan perlu kurang dari barangan ataupun matawang Malaysia meningkat dan Australia menurun. Dasar kerajaan Malaysia juga memainkan peranan dalam merancakkan perkembangan sektor penternakan. Gejala rasuah dan birokrasi hendaklah dihapuskan kerana ia hanya menganiaya penternak dari berkembang. Lihat sahaja korea selatan yang memberikan sokongan padu kepada rakyatnya untuk berkembang. Sektor pertanian disana amatlah maju dibandingkan dengankeadaan di Malaysia. Akhir tahun2011 ini kita digemparkan dengan penyelewangan wang dana kerajaan untuk projek penternakan untuk membeli banglo dan siasatan masih dijalankan. Mentaliti ini akan merosakkan perkembangan negara kita. Tidak hairanlah harga lembu aqiqah dan kambing aqiqah semakin meningkat.
harga lembu aqiqah

Mengapa pula Harga Lembu Aqiqah lebih kompetetif daripada harga kambing dipasaran? Sedia maklum masyarakat kita lebih gemar menggunakan kambing untuk melaksanakan aqiqah. Ini kerana menggunakan kambing untuk aqiqah adalah lebih afdhal dan disebut didalam hadis nabi SAW. Permintaan yang tinggi ini juga menyebabkan inflasi. Majoriti pasaran kambing di Malaysia adalah untuk aqiqah dan permintaan daging kambing tidak menggalakkan kerana stigma masyarakat di Malaysia yang mengaitkan kambing dengan darah tinggi. Daging kambing adalah daging terbaik (lebih baik daripada ayam dan lembu) tetapi cara masakan rakyat Malaysia yang berminyak dan bersantanlah yang memburukkan kesihatan. Permintaan daging lembu di Malaysia pula adalah tinggi lebih lebih lagi semasa musim perayaan Hari Raya Korban untuk ibadat korban. Import lembu yang mencukupi daripada Thailand dan Australia membuatkan harga lembu aqiqah lebih rendah secara relatif kepada kambing aqiqah.

Persoalannya, jika harga lembu aqiqah lebih rendah daripada kambing, kenapa ramai rakyat kit tidak memilih lembu? Walaupun wujudnya pandangan negatif pada daging kambing sebagai penyebab penyakit tekanan darah tinggi, tetapi tidak dapat disangkal lagi daging kambing memang lebih lazat daripada lembu. Lihat sahaja hidangan kambing golek, kari kambing dan sup kambing tetap mendapat empat di hidangan kegemaran rakyat Malaysia.Dari segi hukum islam pula, lembu mempunyai 7 bahagian aqiqah dan kambing 1 bahagian sahaja. aqiqah untuk anak lelaki adalah 2 bahagian manakala anak perempuan satu bahagian. Kesukaran mencukupkan 7 bahagian lembu inilah yang telah merencatkan permintaan lembu aqiqah di Malaysia.
lembu aqiqah

BerapakahJenis dan Harga Lembu Aqiqah yang terdapat dipasaran? Walaupun terdapat pelbagai jenis baka lembu dan harganya sudah tentu berbeza bergantung kepada berat dan saiznya, disini saya sediakan sedikit maklumat lanjut sebagai rujukan anda. Harga Lembu aqiqah dibawah ini dibuat pada November 2011 selepas Hari Raya Aidil Adha dan mungkin berubah semasa tuan-puan membaca artikel ini. Baka dan maklumat adalah seperti berikut:
harga lembu aqiqah

Baka lembu jenis ini adalah dari jenis BRAHMAN dan berasal dari India. Teringat pada penggusti WWF “The Rock” Yang menggunakan Tagline The Brahman Bull. Inilah lembunya, dengan saiz yang besar dan tidak kalah anak gajah baka ini memang banyak dagingnya. Warna lembu ini biasanya putih, kelabu dan merah. Ciri-ciri ketara pada baka lembu ini adalah bonggolnya yang besar dan telinga yang panjang. Lembu Brahman cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan digemari penternak tempatan. Harga lembu aqiqah dan korban dari baka ini sudah tentu mahal harganya kerana beratnya boleh melebihi 300kg. Jumlah dagingnya yang banyak dan menjadi pilihan bagi peniaga daging. Harga Bagi lembu jenis ini pada berat 250kg adalh RM3000 (Bergantung pada lokasi anda, harga ini di Klang Selangor).

Lembu Baka Kedah Kelantan atau KK
Baka Lembu jenis KK atau Kedah Kelantan ini adalah baka tempatan dan banyak terdapat disekitar Malaysia. Warnanya Coklat kekuningan ataupun Hitam. Berat lembu ini yang biasa digunakan untuk korban akikah dan aqiqah adalah 200-250kg. Harga lembu aqiqah hidup sahaja adalah diantara RM2600-2800. Baka ini menjadi pilihan tempatan kerana ia tahan dengan cuaca Malaysia dan saiznya yang sesuai dengan kemampuan.

Baka lembu Brahman Cross atau Kacuk
Baka lembu dalam gambar diatas ialah BRAHMAN CROSS atau pun Brahman Kacuk. Dinamakan Brahman kacuk kerana ia sudah dikacukkan dengan baka tempatan untuk menyesuaikannya dengan cuaca Malaysia. Ini adalah antara faktor penting yang diambil kira oleh penternak supaya ternakan lembu tidak terkejut dengan perubahan cuaca.

Baka Lembu Hereford
Gambar diatas menunjukkan lembu baka Hereford. Baka ini biasanya dikacukkan bersama baka Kedah Kelantan (KK). Bulunya berpintal dan mempunyai tanduk yang pendek. Lembu baka ini jinak dagingnya berkualiti tinggi dan cepat membesar. Lembu ini juga cepat membiak. Saya secara peribadinya belum pernah berkesempatan melihat baka ini secara langsung dan harga lembu aqiqah dan korban baka ini juga tidak diketahui. Insyaallah kelak selepas berjumpa akan saya tambah disini.

Bilakah musim harga lembu aqiqah dan korban meningkat tinggi? Sudah tentu semasa musim perayaan terutama semasa musim haji. Bagi mengelakkan harga yang terlalu tinggi, carilah lebih awal sebulan dua daripada musim puncak.

Bagaimana proses pembelian dan harga lembu aqiqahditetapkan? Disarankan supaya tuan-puan semua melawat kandang lembu dan kambing dan lihat sendiri lembu-lembu ini disana. Buat sedikit bacaan diinternet untuk mendapat sedikit pencerahan. Setelah anda bersetuju dengan lembu dan harga ditawarkan, buat pembayaran deposit sekurang-kurangnya 50% daripada harga lembu dan pastikan mendapat resit bayaran.

Jadi, apa penyelesaiannya kepada harga lembu aqiqah dan kambing aqiqah ini? Hubungi Kami di UMM BARAQAH RESOURCES untuk harga lembu dan kambing terbaik. Insyaallah kami akan uruskan. Bagi tempahan lembu perlu seawal yang boleh insyaallah. HUBUNGI UMMBARAQAH


Last edited by ummbaraqah on Tue Mar 12, 2013 8:25 pm; edited 1 time in total

ummbaraqah

Number of posts : 7
Registration date : 2011-11-23

Back to top Go down

Re: PEMBEKAL LEMBU KAMBING AQIQAH dan KORBAN SHAH ALAM KLANG PJ

Post by ummbaraqah on Sun Jan 01, 2012 10:33 am

Berapa Harga Kambing Golek?
Assalamu'alaikum Wrmbth, Sekarang ni musim kambing golek. Banyak kenduri yang disertakan bersama hidangan kambing panggang / golek ni. Jika dulu masyarakat kita tergilakan kari kambing nampaknya ia telah beralih kepada hidangan ini. Berapa harga kambing golek sekarang ya? HUBUNGI UMMBARAQAH

harga kambing golek
Harga Kambing Boer lebih tinggi daripada kambing lain

Bergantung pada permintaan anda, harga kambing golek bergantung kepada pakej di bawah:

Bahagian A (Bahagian wajib untuk hidangan kambing panggang / bakar / golek)

Kambing sejuk beku - Import daripada luar negara (seperti australia - tidak boleh digunakan untuk aqiqah kerana kambing telah siap disembelih tanpa niat aqiqah) - Saiz lebih besar dan murah daripada kambing aqiqah dan tidak adil dibandingkan secara langsung dengan aqiqah

Kambing Aqiqah - Kambing tempatan (kampung) dan kambing import (boer dan feral. Kambing tempatan sukar diperolehi kerana dasar penternakan negara yang tidak menggalakkan untuk penternak. Harga kambing tempatan menjadi mahal kerana ini. Harga kambing aqiqah - RM750~800 (bergantung pada saiz dan berat - harga ini untuk pakej sembelih lapah dan hantar)

Bahagian B (Upah masakan)

Upah masakan - bergantung pada katerer dan tukang masak - RM400~600. Chef profesional mengenakan harga yang lebih mahal atas kepakaran mereka. Harga ini termasuk dengan

Side Dish - Coleslaw, kentang putar, sos lada hitam (Roti bawang putih dan sup cendawan disediakan mengikut permintaan dan menentukan harga berubah. Contohnya jika harga hidangan kambing golek adalah RM400, jika anda meminta menu sup cendawan dan roti bawang putih kemungkinan harga meningkat kepada RM500)

Pinggan untuk hidangan - Ini keperluan minima untuk sajian
Pelayan - Minimum 1 orang (pertambahan pelayan menyumbang peningkatan harga)- Penampilan pelayan juga menyumbang perbezaan harga, berpakaian dan topi chef bergantung kepada jenis majlis

Jadi Caj akhir Adalah Bahagian A + Bahagian B: Contohnya harga hidangan kambing golek aqiqah dengan upah masak minima (RM400 - 1 pelayan, pinggan dan side dish asas) = RM760 + 400 =RM1160

Harga kambing dan Lembu Aqiqah


Last edited by ummbaraqah on Tue Mar 12, 2013 8:26 pm; edited 2 times in total

ummbaraqah

Number of posts : 7
Registration date : 2011-11-23

Back to top Go down

Re: PEMBEKAL LEMBU KAMBING AQIQAH dan KORBAN SHAH ALAM KLANG PJ

Post by ummbaraqah on Sun Jan 01, 2012 10:37 am

Very Happy Berapa Harga Biri Biri Very Happy
Assalamu'alaikum Wrmbth, kambing biri-biri stok baru tiba dikandang kami. UMM BARAQAH RESOURCES membekalkan biri-biri cukup syarat aqiqah untuk anda. Kambing biri-biri yang tiba ini dengan harga istimewa dan berpatutan.

harga kambing
Harga Biri Biri Baka Damara Istimewa Di UMM BARAQAH RESOURCES

Harga Kambing biri-biri 38kg hidup siap sembelih lapah dan hantar RM760

Harga Kambing Biri-Biri 42 kg hidup, siap sembelih lapah dan hantar RM780

Mari mari laksanakan aqiqah. Sunat muakkad yang sangat dituntut islam untuk anak anda.
Harga Kambing dan Lembu Aqiqah

ummbaraqah

Number of posts : 7
Registration date : 2011-11-23

Back to top Go down

Re: PEMBEKAL LEMBU KAMBING AQIQAH dan KORBAN SHAH ALAM KLANG PJ

Post by ummbaraqah on Sun Jan 01, 2012 10:44 am

Harga Kambing Disember 2011
Assalamu'alaikum Wrmbth, harga kambing bulan disember 2011 khas untuk anda semua.

Kawasan Klang dan Shah Alam - RM760~800 (Harga siap sembelih lapah dan hantar)

harga kambing aqiqah dan golek
Kambing untuk sembelihan dengan pelbagai harga dan berat

Harga Kambing Kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang - Sekitar RM760

Anda boleh buat perbandingan harga kambing. Ada kemungkinan untuk mendapat harga yang lebih rendah dengan proses tawar menawar. Harga kambing diatas diambil daripada laman kambinghalal.blogspot.com UMM BARAQAH RESOURCES bagi kawasan Klang dan Shah Alam dan beberapa blog lain.

Harus diambil kira semasa membeli kambing adalah berat dan syarat sah aqiqah kambing tersebut. Harga bukan segalanya kerana banyak lagi perlu diambil perhatian. Ini soal ibadah

Harga Kambing dan Lembu UMM BARAQAH


Last edited by ummbaraqah on Sun Jan 01, 2012 10:51 am; edited 1 time in total

ummbaraqah

Number of posts : 7
Registration date : 2011-11-23

Back to top Go down

Re: PEMBEKAL LEMBU KAMBING AQIQAH dan KORBAN SHAH ALAM KLANG PJ

Post by ummbaraqah on Sun Jan 01, 2012 10:46 am

Harga Kari Kambing Lembu Aqiqah
Assalamu'alaikum Wrmbth, Kari Kambing UMM BARAQAH RESOURCES memang alhamdulillah mendapat sambutan hebat dari pelanggan kami. Kambing dan lembu yang diaqiqah dimasak dengan rempah ratus istimewa dan bahan bahan segar seperti kentang, cili segar dan bawang besar merah untuk menambahkan kepekatan kuah dan rasa manis semulajadi tanpa penambahan gula. AJINOMOTO atau MSG memang tidak digunakan sebagai bukti kemahiran tukang masak kami. Bak kata seorang pelanggan kami En Habibullah daripada Subang Court 10 di Subang Jaya, kari kami memang marvellous. Alhamdulillah. Dengan harga masakan RM250 (UPAH MASAK) sebagai upah masak perhidangan kami akan membawakan sekawah kegembiraan berupa kari kambing dan hidangan berkuah lain untuk sajian tetamu.

Kambing dan lembu di sembelih bagi tujuan aqiqah diuruskan sebaiknya dan dimasak sedikit manis kerana sunat menghidangkan masakan aqiqah dengan sedikit manis.

Harga Kambing Lembu Aqiqah

ummbaraqah

Number of posts : 7
Registration date : 2011-11-23

Back to top Go down

Re: PEMBEKAL LEMBU KAMBING AQIQAH dan KORBAN SHAH ALAM KLANG PJ

Post by Sponsored content Today at 6:15 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum