Pinggiran USJ Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT 9 OGOS 2009 AHAD

3 posters

Go down

KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT 9 OGOS 2009 AHAD Empty KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT 9 OGOS 2009 AHAD

Post by Biro Dakwah Fri Jul 17, 2009 12:45 pm

KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT

Pihak surau Assyakirin akan mengadakan Kursus Kesempurnaan Solat bagi mendedahkan tentang kepentingan
Rukun Islam ini diamalkan dengan sempurna oleh setiap orang islam. Di bawah ini, dinyatakan butiran tentang
program tersebut ;

Tempat : Surau As-Syakirin

Tarikh : 9hb Ogos 2009 AHAD

Penyampai : Ustaz Zaid Hamzah

Masa : Bermula pukul 9.00 pagi sehingga selepas Solat Asar

Lain -lain : Penyampaian secara audio, visual & praktikal
: Terbuka untuk muslimin & muslimat
: Makanan & minuman akan disediakan (3x)

Kepada ahli kariah yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam kursus ini, sila isikan butiran diri (nama & no handphone) pada borang pendaftaran kursus yang di pamerkan di surau atau boleh PM, telefon atau sms Biro Dakwah. Tiada yuran penyertaan dikenakan. Walaubagaimanapun, sekiranya pihak tuan ingin membuat sumbangan
ikhlas, ianya bolehlah diserahkan kepada Saudara Mohd Zain (012-6055570) dan Saudara Mohd Ariff (012-3927317).

Buku Formula Solat Sempurna karangan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman (Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd) yang berharga RM 25.00 merupakan buku panduan sepanjang kursus berjalan disamping penerangan secara audio & visual yang akan disediakan oleh pihak penceramah. Sekiranya pihak tuan ingin membeli buku tersebut, bolehlah membuat tempahan pada borang pendaftaran kursus yang di pamerkan di surau atau boleh PM, telefon atau sms Biro Dakwah. Yang sudah memiliki boleh membawa buku tersebut semasa kursus.

Pihak Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kariah yang ingin bersama-sama menjayakan program ini dan semoga ilmu yang diperolehi akan bermanafaat kepada kita di dunia dan di akhirat. Diharap ianya juga akan menjadikan persiapan kita untuk menghadapi ibadah bulan Ramadhan lebih mantap.

Sekian.

(P/s: TUJUAN PENDAFTARAN ADALAH UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN PIHAK PENGANJUR UNTUK MERANCANG PENYEDIAAN MAKANAN DAN NOTA KURSUS)


Last edited by Biro Dakwah on Fri Jul 24, 2009 10:52 am; edited 1 time in total
Biro Dakwah
Biro Dakwah

Number of posts : 110
Registration date : 2008-07-14

Back to top Go down

KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT 9 OGOS 2009 AHAD Empty Re: KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT 9 OGOS 2009 AHAD

Post by abu azam Fri Jul 17, 2009 12:57 pm

Insya Allah, saya dan isteri berminat nak join kursus ni. Pengalaman saya dengar kuliah Ustaz Zaid Hamzah ni penyampaian dia jelas, mantap dan penuh informasi. Nanti saya PM Biro Dakwah.

P/s: Macamna nak kongsi buku masa kursus? Seating arrangement muslimin & muslimat?

Terima Kasih Biro Dakwah
abu azam
abu azam

Number of posts : 12
Registration date : 2008-12-03

Back to top Go down

KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT 9 OGOS 2009 AHAD Empty Re: KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT 9 OGOS 2009 AHAD

Post by Biro Dakwah Tue Jul 21, 2009 12:24 pm

Rujukan utama adalah nota kursus. Buku adalah sebagai rujukan tambahan. Muslimin & muslimat akan duduk mengikut susunan yg ada skrg. Setakat pagi ni, lebih 20 orang telah mendaftar. Harap kawan2 yg berminat tidak bertangguh untuk mendaftarkan diri kerana terdapat permintaan2 dari luar kariah TPUSJ yg inginmnyertai kursus ini.
Biro Dakwah
Biro Dakwah

Number of posts : 110
Registration date : 2008-07-14

Back to top Go down

KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT 9 OGOS 2009 AHAD Empty Re: KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT 9 OGOS 2009 AHAD

Post by arip Fri Jul 31, 2009 5:09 pm

Untuk pengetahuan semua, jumlah orang yang telah mendaftar untuk kursus smart solat 9 Ogos ni masih rendah i.e. 30 orang. Pada yang berminat harap dafter awal untuk urusan tempahan buku
arip
arip

Number of posts : 230
Registration date : 2007-12-16

Back to top Go down

KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT 9 OGOS 2009 AHAD Empty Re: KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT 9 OGOS 2009 AHAD

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum