Pinggiran USJ Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Apa itu UMMAT?

Go down

Apa itu UMMAT? Empty Apa itu UMMAT?

Post by zamniks Wed Feb 03, 2010 1:36 pm

PERASAAN SEBAGAI SATU UMMAT

Seruan Al-'Allamah Ad-Da'iyah Al-Muhaddith Asy-Syaikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi kepada orang-orang Islam. [Tiga hari
sebelum Hadrat Syaikh meninggal dunia, yakni pada 29 hb Zulqaedah,1384H bersamaan 2hb April, 1965M; hari selasa selepas solat Subuh;Hadrat Syaikh telah memberi satu ceramah terpenting yang terakhir dalam khidupan beliau. Selepas Hamd (memanjat pujian kepada Allah) dan selawat, berlawanan dengan kebiasaan, Hadrat Syaikh telah mulai berceramah seperti berikut:]



"Tengoklah,saya tidak berapa sihat. Sepanjang malam saya terpaksa berjaga kerana tidak boleh tidur. Namun demikian saya terpaksa bercakap sebab perkara ini adalah amat penting. Sesiapa yang memahaminya dan mengamalkannya maka Allah
Taala akan meninggikannya dan memeberikan kejayaan. Jika tidak, maka dia akan melumpuhkan kakinya sendiri.Ummat ini telah terbentuk dengan penuh susah payah. Untuk menjadikan ummat ini, Rasulullah saw. dan Sahabat-Sahabat r.anhum telah
banyak berusaha dan menanggung penderitaan. Musuh-musuh Islam yakni Yahudi dan Nasrani telah sentiasa berusaha supaya orang-orang Islam tidak berkekalan sebagai satu ummat, bahkan berpecah belah.



Hari ini orang-orang Islam sudah kehilangan sifat ummat. Ketika dahulu, semasa mereka hidup sebagai satu ummat, hanya
dengan bilangan mereka beratus ribu orang sudah cukup untuk menguasai satu dunia. Mereka pada masa itu tidak mempunyai walaupun sebuah rumah dari batu bata. Masjid pun tidak dibina dengan batu bata. Lampu pun tidak dinyalakan di dalam masjid. Lampu telah dinyalakan di dalam Masjid Nabawi hanya selepas sembilan tahun sesudah Hijrah. Orang yang paling awal telah menyalakan lampu di dalam Masjid Nabawi ialam Tamim Dari r.a. Sementara itu, kira-kira seluruh kaum Arab telah memeluk agama Islam. Manusia dari pelbagai kaum, yang bercakap dalam berbagai-bagai bahasa, dan dari berbagai-bagai kabilah telah menjadi satu ummat yang bersatu-padu. Apabila kesemua perkara telah diselesaikan, maka barulah lampu telah dinyalakan di dalam Masjid Nabawi. Tetapi cahaya dari lampu hidayat telah dibawa oleh Baginda Rasulullah saw. sudah tersebar ke seluruh tanah Arab,
bahkan ke kawasan-kawasan di luar daripadanya juga. Umat sudah terbentuk. Selepas itu ummat telah bangun dan ke mana sahaja mereka tuju, maka negara demi negara telah jatuh di bawah kaki mereka.



Ummat ini telah dibentuk secara begini; iaitu, tidak seorang pun di kalangan ummat ini menjadi pembantu kepada keluarganya,
bangsanya, saudara-maranya, partinya, kaumnya, tanahnya; tidak seorang pun yang menjadikan tujuannya mengawasi harta-benda atau anak-isteri; tetapi setiap seorang di kalangan mereka hanya melihat apakah kehendak Allah dan RasulNya.
Pada zaman orang-orang Islam hidup sebagai satu ummat, di mana-mana pun jika seorang Islam dibunuh, maka seluruh ummat telah terkesan, bersimpati dan merasai kepedihan. Kini beribu-ribu dan berjuta-juta orang Islam telah disembelih tetapi kita tidak merasai apa-apa jua.



Ummat bukanlah nama satu kaum atau satu golongan manusia yang bermastautin di satu kawasan. Tetapi beratus-ratus
bahkan beribu-beribu kaum yang tinggal di kawasan yang berlainan bersatu-padu menjadi satu ummat. Sesiapa yang menganggap bahawa dia berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu daerah, dan orang lain berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu
daerah yang lain, maka dia seolah-olah telah menyembelih ummat ini, menghancur-leburkan serta merosakkan hasil usaha baginda Rasulullah saw. dan para Sahabat r.anhum.


Apabila berasing-asingan dan berpecah-belah, kita sendiri telah menyembelih ummat ini terlebih dahulu. Yahudi dan Nasrani hanya mengerat ummat ini yang sudah tersembelih. Sekiranya orang-orang Islam, hari ini menjadi ummat semula, maka semua kekuatan di seluruh dunia sekalipun, tidak boleh menggerakkan walaupun sehelai bulu roma ummat ini. Bom atom atau pun roket sekalipun, tidak boleh membinasakan mereka. Tetapi sekiranya mereka dengan semangat perkauman dan kedaerahan meneruskan fahaman
menghancur-leburkan ummat, maka demi Allah, senjata-senjata dan tentera-tentera kamu tidak boleh selamatkan kamu dari kemusnahan.Hari ini orang-orang Islam di seluruh dunia telah dihimpit dan dibunuh dengan sebab kehilangan perasaan ummat. Mereka telah mensia-siakan pengorbanan Baginda Rasulullah saw.



Saya bercakap tentang perkara ini dengan kepiluan di dalam hati saya, bahawa satu-satunya sebab kesemua kebinasaan dan kemunduran ini adalah kerana ummat tidak lagi berkekalan sebagai satu ummat yang bersatu-padu; bahkan mereka telah lupa apa itu UMMAT dan bagaimanakah baginda Rasulullah saw. telah membina ummat ini!"


Petikan: "Perasaan Ummat: Seruan Hadratji Maulana Muhammad Yusof rah.a. Kepada Seluruh Ummat Islam" ( Kota Bharu, Kelantan: MN Mayun Enterprise, 2002).
zamniks
zamniks

Number of posts : 18
Registration date : 2009-05-25
Age : 48
Location : Jalan PUSJ 3/4

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum