Pinggiran USJ Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kebangkitan Islam Di Dunia

2 posters

Go down

Kebangkitan Islam Di Dunia Empty Kebangkitan Islam Di Dunia

Post by zamniks Wed Feb 10, 2010 10:03 am


Kebangkitan Islam Di Dunia


Kebangkitan Islam Di Dunia Solat6
Berdasarkan Akhbar “Jilan Posten”, kajian terkini Universiti Kopenhagen, Denmark
nyatakan bahawa fenomena baru di negara berkenaan mengejutkan banyak
pihak. Mereka mendapati sejumlah besar penduduk asli Denmark telah
memeluk Islam. Ramai pengkaji mendapati bahawa ianya kesan dari
penghinaan ke atas Rasulullah saw suatu waktu dulu melalui kerakator
kartun menyebabkan ramai tertarik dengan Islam. Aksi karekator kartun
yang berbau anti Islam ini akhirnya telah menarik begitu ramai penduduk
asli Denmark ingin mengkaji Islam dan lansung memeluk agama suci murni
ini.

Tujuan menghina dan membenci Islam akhirnya memakan diri
sehingga kadar keislaman penduduk tersebut begitu ketara. Namun bagi
menutup kelemahan mereka, ramai ahli politik negara berkenaan
menyatakan bahwa kemasukan ramai penduduknya ke dalam agama Islam
terjadi hanya kepada mereka-mereka yang ‘stres’ dan ‘frust’ sahaja.
Namun begitu kajian resmi Universiti Kopenhagen tidak dapat mereka
menafikan.

Mengikut kajian sesetengah badan NGO Barat, mereka
mendapati bahawa jumlah terkini penganut Islam di Eropah sekarang ini
pada kadarnya 1 dari 4 orang penduduk di sana adalah Islam. Peta Benua
Eropah terbaru menunjukan kadar penduduk Islam telah begitu ramai dan
ianya menakutkan sesetengah pemimpin-pemimpin di sana. Kadar ini
sebagaimana laporan CNN yang terbaru beberapa bulan yang lalu melalui
laporan “Mapping the Global Muslim Population” yang dibentangkan di
dalam “ Forum on Religion & Public Life”.

Dua dari tiga penduduk Islam di dunia tinggal di Asia, ianya bermula dari Turki
sampai ke Indonesia. Di Timur Tengah dan Afrika Utara pula, 1 penduduk
Islam dari 5 penduduk di dunia dan ianya menduduki peringkat kedua
dalam penyebaran Islam.

Sekarang ini, di dunia terdapat lebih
dari 1.57 billion adalah Muslim. Manakala penduduk dunia sekarang ini
berjumlah 6.8 billion. Ini bermakna bahawa 23% dari keselurohan
penduduk dunia adalah Muslim. Jumlah ini menjadi kejutan kepada
pengkaji di sana. Ada beberapa negara yang mereka sangka tidak ada Umat
Islam, ternyata jumlahnya sangat besar. Ianya seperti India, Russia,
dan China.

Dalam pada itu, 2 dari 5 orang Muslim hidup di negara di mana Islam menjadi minoriti. Sesetengah mereka menyangka
bahawa kadar jumlah penduduk Islam di Eropa lebih banyak kerana adanya
pendatang dari negara Islam jajahan mereka. Ini biasanya berlaku pada
bahagian Barat Eropah. Namun begitu di bahagian Timur seperti Russia,
Albania, Kosovo, dan sekitarnya adalah penduduk asal Islam. Malah lebih
separuh penduduk Islam di Eropah adalah berasal dari keluarga Islam.
Mereka juga terkejut jumlah penduduk Islam di Afrika bahagian Sahara
berjumlah 240 juta. Ianya adalah 15% dari jumlah keseluruhan Muslim di
dunia.

India, negara yang majoritinya penganut Hindu, mempunyai penduduk Islam begitu banyak. Ianya berada di bawah Indonesia
dan Pakistan. Ini menujukan bahawa India mempunyai penduduk Islam dua
kali ganda penduduk Mesir. Selain itu China mempunyai penduduk Islam
lebih banyak daripada Syria. Manakala Jerman memiliki penduduk Islam
lebih banyak daripada Lebanon, dan Russia mempunyai penduduk Islam
lebih banyak daripada Jordan dan Libya jika keduanya digabungkan.
Selain itu 9 dari 10 penduduk Islam dunia adalah Sunni dan 1 adalah
Syiah .Satu dari tiga Syi’ah tinggal di Iran, manakala bakinya di Iraq,
Azerbaijan dan Bahrain.

Di atas dasar inilah, apabila isu pengharaman purdah di Perancis baru-baru ini menyebabkan beberapa
pemimpin gereja memprotes dan tidak bersetuju dengan peraturan baru
ini. Kata mereka jika penduduk Islam dihalang dari memakai purdah
mereka bimbang kesannya nanti akan menyebabkan kadar keislaman penduduk
Islam di sana akan makin bertambah. Mereka mengandaikan bahawa pada
2050 Eropah akan menjadi benua Islam terbesar selain dari Asia.
Kebangkitan Islam Di Dunia Uroislam
Ketakutan ini menyebabkan mereka begitu aggerif di dalam menjalankan dakyah
kristianisasi di negara dunia ke tiga. Berita beberapa minggu yang lalu
kita dapati ramai Pendakyah Kristian dari Gerakan Kristian Sedunia
ditangkap di Korea, Haiti, Moroko juga di Padang, Indonesia. Umpamanya
di Korea, mengikut agensi berita Yon Hup, Robert Park salah seorang
misionaris Kristian ditangkap ketika menjalankan dakyah di Korea Utara.
Manakala di Moroko, agensi berita MAP menyatakan seorang misionaris
Kristian di tangkap di Haouz Omziz, dekat Marrakech ketika menyampaikan
dakyahnya kepada masyarakat Islam di sana. Selain itu juga mengikut
agensi berita AFP menyatakan sekumpulan Pendakyah Kristian ditangkap di
sempadan Haiti dan Republik Dominikan kerana cuba menyeludup keluar
anak-anak mangsa gempa. Mereka terdesak kerana di Eropah mereka
gagal untuk berbuat demikian. Akhirnya mereka beralih kepada negara
dunia ketiga serta negara-negara yang dilanda musibah bencana alam.
Hakikatnya kebenaran agama mereka telah terhakis dan jelas sebenarnya
adalah kebatilan.

Di pihak kita selama mana dakwah dijalankan selama itu pintu-pintu hidayat akan terbuka kepada sesiapa sahaja.
Malah selama kita mengurbankan diri dan harta kita di Jalan Allah
selama itu jugalah pintu-pintu hidayat pasti akan terbuka sehingga
kesatu tahap ianya akan memasuki rumah-rumah mereka-mereka yang menjadi
penentang pun akan sampai hidayat.

Apakah petanda di Eropah menunjukkan bahawa kita telah hampir kesatu tahap penghujung
sebagaimana hadis Nabi saw riwayat Muslim (Sahih Muslim) bahawa
Konstantinopel (Astanah atau Istanbul) akan diserbu oleh pasukan dari
Bani Ishaq (Ahli Kitab) yang memasukinya pada akhir zaman. Mereka
berhasil menaklukinya dengan teriakan “la ilaha Illallah”?

Sama-samalah kita renungi serta tingkatkan amal dan pengurbanan. Insyaallah

Sumber: http://hambalialorstari.blogspot.com/2010_02_01_archive.html
zamniks
zamniks

Number of posts : 18
Registration date : 2009-05-25
Age : 48
Location : Jalan PUSJ 3/4

Back to top Go down

Kebangkitan Islam Di Dunia Empty Re: Kebangkitan Islam Di Dunia

Post by Biro Dakwah Wed Feb 10, 2010 12:27 pm

Ini semua tidak lain dari tertunainya janji2 yang pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Biro Dakwah
Biro Dakwah

Number of posts : 110
Registration date : 2008-07-14

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum